Sunday, May 2, 2010

and it all begins tomorrow

1) mixed feelings. since yesterday, my dad ask am i mentally ready to start working? errrr.....*ntah, boleh?*

2) hate to stay at home too much, will cause chaos and mess in the kitchen and living room, my mama will mad at me tak pasal pasal. huhu

*pengajaran di sini ialah : jangan masuk dapur mama untuk masak. hehehe*


tadi sedang godek godek sesuatu di bilik kakak dan terpikir, sebelum tu, ada terbaca blog-blog my juniors in UTM. ada yang menulis tentang kerja pada cuti sem, dan ada yang menulis tentang practical training dia sekarang.

dan kemudian, aku teringat terimbas kembali pengalaman aku sendiri dari first year sampailah tamat pengajian.

rewind, rewind.

baru baru ni, ada bercerita dengan entah siapa, sebab apa aku nak jadi arkitek.
masa lebih kurang darjah tiga, aku dah tulis cita-cita : arkitek.
padahal pada masa tu, tak tahu pun arkitek buat apa. yang aku tahu, ada kaitan dengan bangunan.
aku mula kenal arkitek sebab masa tu, pak ngah aku arkitek. sampailah sekarang.  kemudiannya, aku tak ingat bila, aku baru tau yang pakcu aku jugak arkitek. hurm. dari situ lah aku dapat inspirasi, nak jadi arkitek. sebab aku tengok lifestyle diorang macam cool, best.

sampai bila cikgu tanya, aku cakap nak jadi arkitek, tulis dalam buku biodata, nak jadi arkitek. agak rare pada masa tu, sebab majoriti rakan rakan mesti akan tulis, sama ada nak jadi doktor, guru ataupun bomba polis tentera. huuuuuuuuuuu.

dipendekkan cerita, masa lepas tahu result pmr, sabrina yang pada masa tu tak berapa nak rapat pun ngan aku, ajak aku pindah sekolah, sebab nak ambil lukisan kejuruteraan kat sekolah lain. sekolah harian je, tapi ada jurusan teknikal. aku yang tak fikir apa sangat pada masa tu, follow je. hahaha! ayat die, 'ain, ko nak jadi arkitek kan? jom ikot aku tukar sekolah' and tadaaaaaa.....kitorang pindah sekolah macam tu je, sebab mak dia penolong kanan masa tu, agak senang la urusan macam ni.

aku enjoy ambil teknikal course ni, walaupun struggle pada mulanya. hati aku masa sedikit terkilan, sebab aku suka biologi, tapi aku tak dapat belajar biologi. hurm. pasrah. pendekkan cerita lagi, result SPM bagi matapelajaran teknikal aku tidak memberangsangkan, ini semua sebab over confident ye ayin. ok. lesson learned. aku dah pasrah dah time, sah sah tak dapat belajar architecture, teknikal teruk kot! T______T"

last last dapat offer matrix, main masuk je, kene lah ambil line physical kan...do i have a choice?
life kat matrix sangat difficult. nanti citer panjang lebar di lain entry. ;P

masa nak isi borang UPU, aku letak architecture UTM, at choice no 2, the one and only choice yang ada architecture, selebihnya, sains, langsung takda kaitan dengan architecture field mahupun construction, ye la..masa tu hati dah pasrah, x pandai teknikal. T____T"

habis dari matrix je, tak sempat buat apa pun, UTM panggil interview..pergi je lah, siap bawak drawing time form 3, mana ada lukisan lain nak show off. heee. orang lain siap bawak porfolio tebal2, aku ni dengan selamba je bawak drawing aku buat masa kelas lukisan, nasib baik simpan lagi. heeeeeee.

then, the faith have spoken.
im chosen to be one of the UTM students of architecture  intake 05/06.

mixed feeling jugak, after i got to know, my sister didnt get to go to any university at first.
(tapi, rezeki dia la kan, after rayuan, dapat masuk UIA, then dapat offer UKM, dia pergi UKM, last2 skang dia ngah sambung master kat UM. see..lagi banyak universiti dia peergi, aku satu je)

ouh. ini sebenarnya tujuan utama nak tulis entry ni. heeee. 
panjang giler kot introduction.

since dari cuti sem first year, aku telah mula menyibukkan diri kat ofis uncle aku, pakcu. kat sana aku diberi peluang macam orang praktikal, tapi aku start dari aku 1st year la.

mula-mula tu, autocad satu ape tak tau. lagi lagi la software lain yang baru belajar atas air je.
pernah satu incident ni, aku diminta untuk plot something, last last keluar border line je, aku dengan yakinnya (keyakinan itu penting nak jadi arkitek), pergi tunjuk kat boss, dia tanya aku, ini je ke yang ada dalam drawing tu...aku pun start la ketar..eh..bukan itu je ke yang ada?...boss dengan bertenangnya, cakap, 'cuba pergi bukak layer'...aku pun...ouh..ha ah eh..ada layer. siot. aku lupa bukak layer, semangat sangat nak plot. terasa sangat bodoh pada masa itu.

hahahahahaha

selepas daripada itu, setiap kali cuti sem pun kerja part time la kiranya. seminggu pun still kerja. walaupun kerja yang aku buat, adalah detail toilet, detail courtyard, benda benda kecil yang selalu kita lepas pandang. pada masa tu, mungkin aku terfikir, kenapalah aku nak kene buat semua ni, macam bukan kerja arkitek je. eleh..ayin, nak perasan hebat ke apa time tu, masih budak hingusan, nak buat kerja serious. hahaha. ok. gelakkan diri sendiri. 

semasa aku third year dan kebawah, masih sangat junior, bila senior aku cerita pengalaman diorang, aku akan menangkis dalam otak bahawa cerita dorang ni lebat je lebih. haha. sombong masa tu, kurang nak percaya cerita orang. bila aku dah alami sendiri, baru aku tau.

as time goes by and i am more matured to be trusted with a larger scope of job, aku mula tense. tapi ini bukan sebarangan tense, ini tense yang kepuasannya tak terkata. ye la, bila dah diberi tanggungjawab untuk siapkan sesuatu kerja yang besar, tanggungjwab tu berat sangat, sebab apa-apa jadi pada outcome kerja tu, kita sendiri yang kene tahu dan jawab, erti kata lain bertanggingjawab terhadap apa yang telah anda lakukan.

dah nampak dah perbezaan dari junior ke senior?
kesimpulannya, tak kira la pada waktu kita mula start kerja tu, disuruh buat apa saja, termasuklah tolong membuat kopi untuk klien, tolong sapu sampah kat ofis, tolong angkat barang, tolong lipat drawing, disuruh lukis detail toilet berkali kali, segala jenis mak nenek detail pun kau kene lukis, tolong ambilkan drawing, apa lagi..semua kerja yang mungkin dirasakan tiada kaitan, pada ketika itu la..semuanya adalah pengalaman yang sangat berguna  untuk masa depan korang. bila kita mula kerja ni, biasalah bila boss akan nilai kita berdasarkan attitude kita. itu yang penting. bila boss dah terpikat dengan attitude kita, baru dia akan percaya dan memberi kepercayaan pada kita untuk buat sesuatu yang lebih serious, lebih arkitek la, nak sangat kan? :P hahaha. serious ni. betol.

i just want to share this experience with juniors and all architects wannabe. dont worry about all the small things you have to do now, there is more bigger things that you can explore in the future. take baby steps. u'll get there. no worry. ;)

and tomorrow, ill be start working. at the end of this entry, ya, i think im mentally ready to start working as an architect. 
way to go ayin! ;)













No comments:

Post a Comment